Saturday, December 18, 2010

bulan 7 bulan

memandangkan aku telah membekukan sendiri cuti aku sampai bulan tujuh 2011 di atas sebab-sebab tertentu yang insyaAllah akan terjadi semasa bulan tujuh tersebut yang mungkin akan mengakibatkan aku supaya tidak memakan mcD selama tujuh bulan atau aku perlu mengurangkan pengambilan makanan yang agak sedap dan berlemak agar dapat mengurangkan perlemakan  atau kebesaran yang berada di perut ini, dan juga sahabat-sahabat yang akan perjuang  untuk menambahkan ilmu di dade, maka saya di sini ...... telah memutuskan perancangan untuk berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur atau tempat-tempat yang berdekatan dengan rumah sahaja yang mungkin bagetnya tidak melebihi RM100.00 atau RM50.00 kot .... dan tempat-tempat tersebut adalah seperti berikut :-
  • Petrosains KLCC
  • Zoo Negara
  • Muzium Negara
  • Tugu Negara
  • Taman Rama-Rama
  • Taman Burung
  • Aquria
  • Sunway Lagoon (dah lama sgt nak gi nierk)
  • ATV Kemensah
  • Menara Kuala Lumpur
  • Seoul (erh salah masa)
  • Menara Berkembar Petronas (aku tak tau cam mana nak naik mende ni) 
  • Batu Caves
  • i City 
  • Bukit Cerakah / Taman Botani, Shah Alam
ini aja yang mampu aku ingat sekarang ni, yang lain nanti aku tambah .. aku ni  kan di besarkan je kt Kuala Lumpur, tapi banyak lagik tempat yang aku tak pergi rupanya .. hehehe .. tetapi jika tempat-tempat di atas tidak sempat di lawati, maka terpaksa la di tangguhkan kepada masa-masa yang akan datang.

fz

Thursday, December 16, 2010

Buih Shampoo Sengsara

Salmi tengah mandi. Hari ini cuaca terik sangat. Suria hari ini garang sangat..terus-terusan menggigit kulit dia. Dari matahari bangun pagi hingga pulang ke hemisfera sana Salmi membuat kerja luar. Salmi mengambil keputusan untuk mandi awal dan mengshampoo rambutnya.

Buih-buih shampoo semakin meninggi seperti ketulan ais di Kutub Utara. Comel sungguh Salmi dengan buih dikepalanya. Tiba-tiba mata Salmi pedih. Buih masuk mata. Terkapai-kapai Salmi mencari kepala paip sambil menutup matanya yang pedih itu. Bila mata sudah dicuci, perlahan-lahan Salmi membuka mata.

Tak nampak apa. Hanya ruang kosong berwarna putih. Putih seputih putihnya. Salmi gosok mata berkali-kali. Tetap sama. Putih. Dia hanya nampak dirinya sahaja. Yang masih berselaput buih shampoo. Salmi kecut. Berlari kesana sini mencari jalan. Tetapi yang ada hanya ruang putih. Salmi takut.

Berjalan kesana kemari tanpa arah membuatkan Salmi penat. Sedang mencari jalan itu Salmi terjumpa sebiji Labu Sayong Kristal Jernih. Ada nota tertulis "JIWA KAMU DIDALAM. JIKA PENUTUP DIBUKA, IA AKAN TERBANG DAN HILANG". Salmi letih. Salmi penat. Salmi berbaring sambil memeluk Labu Sayong Kristal Jernih erat-erat. Salmi menjerit sekuat-kuat hati. Tetapi suaranya bagai tersekat dalam dimensi itu. Dimensi putih itu. Tiada gema. Salmi berbaring sambil memeluk erat-erat Labu Sayong Kristal jernih itu.

***********************************

Rem merungut-rungut. Apa yang dibuat Salmi dalam bilik air lama-lama? Mandi bungakah? Urut batinkah? Pundi kencing Rem semakin meminta-minta untuk dibuang isinya. Rem teragak-agak samaada mahu memecah masuk atau tidak. Kalau dipecah masuk dikhuatiri terpandang pemandangan yang menjelikkan pula. Rem nekad. Nafas ditarik dan BAM! satu tendangan jitu menerjah pintu bilik air itu dan terbuka. Rem menjengah kedalam perlahan-lahan. Mana Salmi? Salmi tiada dalam bilik air ini. Cuma yang ada hanyalah buih-buih shampoo di lantai yang makin lama makin hilang ditelan lubang saluran air.

************************************

Hati-hati ketika bershampoo.

Bunjut2Kaler

Degupan

Kamil tak keruan. Semua kerana berita yang diterima. Makan cheese cake rase karipap. Semua kerana berita yang diterima. Minum Teh O Ais Laici rase air Ribena. Semua kerana berita yang diterima. Mandi buih rase macam sauna. Semua kerana berita yang diterima. Menonton rancangan perbincangan politik di saluran RTM 1..beladihel! tak pernah dibuat. Semua kerana berita yang diterima.

Berita yang membuatkan dia terpikir, diri ini di alam realiti atau alam di sebalik blackhole angkasaraya?
Berita pagi tadi yang diterima, membuatkan dia merenung suria.

Pagi tadi, di sebuah Hospital swasta, dia bertemu doktor pakar untuk mendapatkan keputusan ujian kesihatan. Kamil tak sakit, cuma gatal nak buat ujian kesihatan. Tetapi, kegatalan itu merubah hidup Kamil.

"Kami sudah mendapat keputusan ujian En. Kamil" bicara mula Doktor

"Tetapi kami menemui sesuatu yang aneh dalam diri En. Kamil"

"Aneh? apa yang aneh Doktor?" Kamil mula tidak keruan.

"Kami tak tahu mengapa begini jadinya, sepanjang hidup saya dan sepanjang karier saya dalam dunia perubatan saya tak pernah menemui sesuatu yang aneh seperti ini. Setelah kami membuat pemeriksaan terperinci, kami dapati jantung En. Kamil tidak normal."

"Jantung saya tak normal? Jantung saya berlubangkah?" tanya Kamil.

"Jantung berlubang adalah suatu yang selalu kami temui..tetapi..saya tak tahu bagaimana nak beritahu..sebenarnya Jantung En. Kamil tidak berfungsi dengan sendiri, tetapi digerakkan oleh sesuatu."

Riak muka Doktor serius. Kamil konfius.

"Saya tahu kamu konfius En. Kamil. Tetapi ini adalah benar. Sebenarnya, jantung En. Kamil berdegup disebabkan ada orang kerdil bersayap yang bekerja didalamnya. Dialah yang membuatkan jantung kamu berfungsi. Jantung kamu umpama sebuah kilang dan dialah pekerjanya. Tanpa dia, jantung kamu akan berhenti berdegup, dan En. Kamil akan....."

*************************************

Kamil berbaring di atas lantai. Memandang kipas yang berputar ligat. Pandangan nya tepat di tengah-tengah putaran itu. Pandangannya semakin jauh, menembusi siling rumah, bumbung rumah, awan putih, langit cerah, lapisan ozon yang menipis, angkasa gelap hingga ke 100,000 juta cahaya jauhnya. Air kopi Arabica nya menjadi semakin suam dan sejuk. Pizza Dominos nya dihurung lalat. Ular Albino peliharaannya mencari celah-selah sangkar untuk keluar kerana kelaparan. Patung Barney nya masih di sudut katil, memandang tepat ke arah Kamil.

Kamil terfikir, apa akan terjadi, jika orang kerdil bersayap itu mahu bercuti atau MC.

Bunjut2Kaler

Tuesday, December 14, 2010

4D Projection

 Aku amat teruja sama ini video, anda pula bagaimana? ape komen korg?
-Bambam-

~PerOt BESI..!!!~

"Ya rabbi..umang aii...ko ni bolo hantu ghayo apo??! molampau kuek molantak kaw ni hah!ko ado tong deram dalam poghot ekau tu hah!!??" hhmmm...ayat biasa kalau orang2 tua kat kampong nmpak kiter baeekkkk punye tgh makan banyak.Kalau searching kat mane2 kamus memang takde ape maksudnyer..Tapi kalau tgk geng itiut makan a.k.a bedal,sosah,melantak atau ape je yang se'meaning' dgn kuat makan..,komfom boleh faham makne ~PEROT BESI~. Asal makan je begambau..asal begambau je mesti makan..maklum laa..suke begamba dan suke makan!Kalau tengok cara makan budak2 ni boleh naik selera nak makan lagi.dan lagi.dan lagi..tapi kadang2 seram pon ade..kelakar pon ade..mcm2 ragam.haha!contohnye bambam (bukan name sebenar), dah makan makan makan..nak tapau lagi tu!!tapi bagus gak ape ada geng2 macam ni..tak baik membazir makanan..panggil je team kitorang.Apepon kitorang happy dengan makanan yang kitorang makan selagi ia sedap ditelan,asyik bila mengunyah!Lepak sama2,Makan ramai2,share2 makan sambil borak2 gelak2 memang best giler!Sharing is caring..~



 
 

 


selamat berseleraa..~zz~


Friday, December 10, 2010

Diet Mengikut Jenis Darah


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh
diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
    Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging 
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

 DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba



Sumber info .... aku culik dari blog kesihatan mana ntah!

fz

Thursday, December 9, 2010

Genre Muzik Metal


Wahai kawan2 haha.... ini adalah genre2 muzik yg aku suka n pernah aku mainkan tika masa dulu, sesungguhnya petikan dan alunan muzik yg terhasil dr petikan gitar itu adalah seni bagiku, tidak kira jenis muzik, asalkn pemain mampu memainkn bunyi2an yg unik...tah ape aku merepek ni...hahah pedulikan!Bye!

Mari Mengenal Guitar
Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik blues, desa, flamenco, rock dan banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada kebiasaannya juga terdapat enam tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan, sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh tukang lut (luthier). Gitar boleh dimainkan secara akustik atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya membolehkan manipulasi nada secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan yang mendalam pada budaya popular.

p/s: yg atas tu aku google jek..korg igt aku rajin ke nk mengarang?

-Bambam-

Birthday Nad

Friday, December 3, 2010

Apoo?! Nak kawen???


Isshhh..!! apo lak mak?! bukan sey yang nak nikah! sey tanyo sapo yang nak nikah.."yang ko sebok2 tanyo orang nak nikah tu buek apo??ko tu hah..nak nikah??".eeee..mulut omak sey ni ado yang kono pateri ni kang.....-_-"...errr..kok la ado anak2 sapo nak nikah kawen omak khaba kek sey..buleh sey tolong buek kan hantaran dio...hmmm.. "amboi!pandai na la kaw yo?!sok ko nikah sonang la ko buek kaw punyo sendiri yo..". eh eh..omak aku ni..perli ke puji..? alah mak..sok sok sey dapek untung buek hantaran kawen tu hah mak gak yang sosah duit sey...tak diman omeh asli, zulian pon buleh mak tu!hahaha! "dah kaw tu anak..sey ni omak..bilo layi..tak omeh sampai longan,sampai boteh pon buleh yoooo...ihikihik..^.^*...(go go godik!..~.~"..)..hmmm..yo laa..kok ado la mak dongar2 ado oghang nak kawen sok sok mak khaba la kek doghang kaw buleh buek...ngikot sapo lak kaw ni pandai lak buek hantaran?omak masak mengomeh pandai la..ikot abah kaw..?hmmm..jangan kato kaki..tangan pon bangku!!hahah!~ yo laa..kalo ado rezeki seyyy...

Thursday, December 2, 2010

Anda Mahu Tahu?

Anda mahu tahu?

Kalau aku tengah menikmati makanan thai, aku tak ubah seperti seekor tupai jantan raksasa berbulu hijau bermata merah yang sedang sibuk memamah KLCC. Lapar dan rakus.

Anda mahu tahu?

Selepas memamah makanan thai tersebut, pusat aku seperti mulut Smiley yang sedang meng-smiling. Comel dan nakal.

Anda mahu tahu?

Sesiapa yang belanja aku makan makanan thai akan membuatkan abdominel muscle ku semakin sasa. Maskulin, tegap dan jantan.

Jadi?

Siapa nak belanja aku makan?

Sekian.
bunjut2kaler

Wednesday, December 1, 2010

no title


ini adalah dinner kami, simple .. tapi sangat lah menggemokkan!! bila dah kenyang gini baru lah seronok berborak dengan pakcik google, nak bertanyakan diet yang seimbang mengikut darah .. saya berdarah "B" kamu pula? tapi kan .. selalu nya lepas keyang macam ni ....
deting dengan bantal bucuk lg berhs!!
 

fz




Tuesday, November 30, 2010

lagi lagi lagi ..

2011 azam tahun baru ............ aku mahu turunkan berat badan supaya aku nmpak cunx dalam gambar bulan Julai nnt .. no more nasi please ..... (sigh)

fz

Emy & Ijat Satarn Bertunang

 
 
 
 
 

Wednesday, November 24, 2010

buku


ini la buku yang sedang aku baca sekarang .. terima kasih kat ayen yang sudi pinjamkan aku buku nierk .. err sorry ayen .. lama sangat aku pinjam buku ni .. nanti dah habis baca aku bagi balik yer .. sebenarnya suku pon aku tak baca lagi .. hehehe .. sekarang ni macam bz gila .. siang-siang pasti laa kat opis .. memang takde la nak membacanya .. kat umah pulak sibuk basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju (ni semingu sekali ja) pastu adik-adik ni semenjak mak aku berada kejauhan nierk .. suka nya la bertanya .."fiza, kau tak masak ke?" arh aku masak bukan sedap pon .. nk gok suh aku masak .. "ha ye lar sok sok aku masak" aku jawap .... pastu da masak sure duk ngadap pc .. bukan 5 min ke 15 min .. tp 2 ke 3 jam mengadap menda tue .. layan fb la, duk main game Mafia Wars la, duk skodeng page org la .. bace beloq org .. tengok gambar sikit-sikit .. pastu kalau rajin uplord la gambar yang masih tak di muat turun lagi tu .. pastu dah pening nengok gambar-gambar yang banyak tu .. aku tutup pc .. mandi,  menunaikan ibadah .. pastu tidur .. owh begitu buhsan life aku rupanya .. jadi moral of story  kat sini ....... aku harus mula membaca semula .. aku rasa otak aku da tepu, benak dan tidak berkembang dengan maju sekarang ini .... ada siapa-siapa nak bagi aku pinjam buku atau novel cinta tak?

fz

Friday, November 19, 2010

Terlalu Dimanjakan..~!!



19.11.2010....^^V...

Kisah ako la nie....


Ako slalu marah adik ako sbb xreti nak berdikari, x reti nak buat itu ini sume nak harapkan mak, mak mana atak nyer stokin?..mane atak nyer baju..???padahal dah darjah 5..sbb pepagi dah bising, tnye mane itu, mane ini....haishhhh nak kate ako jeles ke...x la kot..~!!tp membuatkan rumah tu riuh rendah n kalo x jumpe mula buat muke sposen(dimana kalo ako tgk cam nak seligi jer kpala die)....
pastu mak ako lak stat membebel...perghhh mula la sume org kene disabitkan kesalahan skali...hehehehe



Ako mmg slalu gaduh ngan adik ako(yg kecik skali)....ade jer bende yg dibuat x kene kat mate ako nie..~!!hmmm

ako cube x nak cari pasal tp x bleh...(org penah ckp adik beradik muke same nie panas..)..mmg muke same tapi die itam..hehehe(jahat ako)...teringin jer ako nak usung die g tgk wayang, bwk g shopping ke...tp oleh kerana perangai

die tu...ako x bleh blah~!!(sbb itulah ako surrender...hahaha)....

Tp ako mmg suke menyakat adik ako smpi nanges..pastu ako lari...hehehe(bkn ape saje jer)

Sbb mase ako skolah dulu sume ako wat sdiri, iron baju, basuh kasut, basuh baju(mesin yg basuh)..hehehe
pokok nyer sume wat sdiri lah...siap leh tlg mak ako wat kuih lagik...(dulu kitorg bkn idup senang hehehe)...
pastu duit blanjer dpt la lebih sket...syukur Alhamdulillah....

Bila pikir2 blk...ako rase ako lah anak mak n aboh ako paling dimanjakan (ako rase la kan)...sume disupport n satu pon x kurang....study pakai loan PA & MA, ambik lesen aboh yg sapot, kete pon aboh yg bg, sapot g umrah g bercuti, pokok nyer sume la...lebih sket dari adik beradik yg lain... (isk byk nyer)...Alhamdulillah.. time kasih tak terhingga buat Pn.Ummi Kaslom Beseri n En. Md Zain Shaari....Tuhan jer dpt balas budi kalian...ya hanya mampu berdoa utk kesejahteraan berdua n mencube sedaya upaya menjadi anak yg baik,solehah n taat kpd mak n abah....~!!!(kalo time raye ako x brani ckp byk sbb mmg kompem nnt akan nanges giler2)...

P/S : ako akan cuba sedaya upaya utk kurangkan gaduh ngan adik ako n cuba ajar die utk berdikari sket....

-Nut- ..^^V..

Thursday, November 18, 2010

Bruno Mars - Just The Way You Are



Video ni aku tujukan kpd member2 aku yg sdg hangat bercinta kehkehkeh....bak kata fzJodoh

Lyric:
Oh, her eyes, her eyes, make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair, falls perfectly without her trying
She's so beautiful, and I tell her every day

Yeah, I know, I know, when I compliment her she won't believe me
And it's so, it's so, sad to think that she don't see what I see
But every time she asks me do I look ok, I say

When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Because girl you're amazing, just the way you are(yeah)

Her lips, her lips, I could kiss them all day if she let me
Her laugh, her laugh, she hates but I think it's so sexy
She's so beautiful, and I tell her every day

Oh, you know, you know, you know, I'd never ask you to change
If perfect's what you're searching for then just stay the same
So, don't even bother asking if you look ok
You know I'll say

When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Because girl you're amazing, just the way you are
The way you are, the way you are
Girl you're amazing, just the way you are

When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Cause girl you're amazing, just the way you are. Yeah


-Bambam-

Wednesday, November 17, 2010

Jodoh

Jodoh ada (3) tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.

di petik dari cerita syurga cinta la .. mane lagi .. hohoho .. celakak adik aku gelak sambil ckp apa tu!?? sambil tunjuk tab "syurga cinta" .. bodoh betul!! sambung dia lagi .. aley ..!! xredho la tu akak dia ada perasaan jiwang sikit .. hahahaha .. jodoh aku? tak tahu la .. kalau ada, ada la ..

fz

Tuesday, November 16, 2010

beloq

bila baca blog orang, dandan tu gok nk wat blog .. pastu dah ada sendiri punya .. dah xtaw nk wat pe .. duk menengok lapan blas kali dkt blog snd .. berulang kali nya sampai naik hafal pe yg ada dlm menda tu .. berulang berulang di ulang lagi dan berulang lagi dan lagi berulang beruang .. hah? hurrmm .. susah juga nk jadi blogger tegar ni ye ......

fz