Tuesday, March 15, 2011

Fakta ke Awta??!!

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.(kecuali sirap selaseh..)

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

9. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

10. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

11. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

12. Tahukah anda apabila seseorang menggaru kepala bukan disebabkan dikepalanya ada kutu..tapi kerana tak ada duit nak bayar duit kutu.

13. Tahukah anda nama nasik lemak berasal dari seorang anak derhaka yang telah menengking emaknya yang bertanyakan apa yang dimasaknya beribu kali..?? 'masak ape tu..?' - 'nasik le mak!!!'

14. Tahukah anda di negara barat kentut lebih dihargai dari sendawa di meja makan..?

15. Tahukah anda kucing akan berjalan mengundur dgn pantas dan laju jika ditekupkan plastik milo di seluruh kepalanya..???

16. Tahukah anda bahawa 70% orang yang membeli suratkhabar adalah untuk mendapatkan maklumat semasa manakala 30% lagi adalah kerana nak buat bungkus nasi lemak,bungkus pad dan alas periuk?

17. Tahukan anda Menyelam sambil minum air adalah sebuah peribahasa yang jika disalah anggap oleh seseorang boleh menyebabkan die terbunuh??

18. Tahukah anda Taik itik juge adalah sejenis kuih dan bukan sejenis najis??

ada lagi...? anda tambah sendiri...


zz.

2 comments:

  1. korang tahu tak? kentut tu sejenis angin yang takleh nk memenuhkan tayar keter kalu tayar tersebut kurang angin .....

    ReplyDelete