Mak bile nak menikah? ade ke orang nak kat mak noxx? kalau hero filem ....dalam botol tu nak la jugak mak menikah dengan die..auww..mak suke mak suke mak suke!!
TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
Tanggungjawab Suami
1. Menyediakan mahar untuk isteri.
2. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.
3. Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat-alat keperluan dan sebagainya mengikut yang perlu.4. Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri.
5. Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami.
6. Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal-soalibadat dalam fardu ain.
7. Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan
maruahnya.
Tanggungjawab Isteri
1. Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.
2. Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.
3. Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak-anak dengan sempurna.
4. Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke dalam rumah.
5. Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.
6. Merendahkan suara apabila berkata-kata dengan suami.
Hak Dan Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri
1. Bersifat amanah. Suami isteri hendaklah saling mempercayai dan tidak boleh khianat mengkhianati.
2. Berkasih sayang dan saling hormat antara satu sama lain.
3. Berakhlak dan bersopan santun, lemah lembut dalam pergaulan, saling menghargai dan menghormati.
4. Suami isteri berkewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
5. Memberi kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.
6. Mempertahan dan memperkukuhkan kerukunan rumahtangga.
mcm ako tau sape punyer post jer...hehehehe...~!!!hmmmmm carikan ako calon suami..hehehe
ReplyDeletetu nad yg balas ..
ReplyDeletekocik bona nk baco .. naek joling mata den ni ha ..
ReplyDeletetau xpe ni pkai saiz ape font?
ReplyDeleteaku lum g kursus kawen nierk..kena g nierk...
ReplyDeletetp bila aku nak nikah,hmmm...