Tuesday, May 31, 2011

Halal ke tak halal..?

Hari ini ofis aku meriah pasal isu air bir arab tu. "ehh..air bir yang halal tu..halal ke tak halal??" dengar soalan pon konpius aku nak jawab. Kalo air bir yang halal tu halal maka jawapannye halal la..kalo yang halal jadi tak halal make tak halal la..(kot kak..)..last-last aku cakap " owhhh...ye ke kak...?" akak tu pon tekelip2 tgk aku tgk surat kabar..tgk aku balik,tgk surat kabar balik. 

Berita dalam Kosmo! - Masyarakat Islam dinasihat tidak minum sebarang jenis bir yang kononnya halal berikutan kandungan alkoholnya sudah melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Berdasarkan kajian, kandungan alkohol dalam minuman itu didakwa 0.05 peratus dan adalah haram untuk diminum oleh pengguna Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom sehubungan itu mengarahkan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri untuk memantau atau jika perlu menyekat penjualan bir tersebut dan beberapa jenis lagi minuman yang sama di pasaran. “Dalam keadaan kita tidak pasti, lebih elok berhenti meminum minuman itu dan menjauhi diri daripada terperangkap dalam situasi yang mengelirukan.

Hah! itu menteri kate..menteri yang same jugak lah yang test air bir halal tu mase MIHAS 2009 (kalau tak salah aku) tp yang pasti that time PM Najib ade try gak..ISTAK kot. Yang aku tau ISTAK and BARBRICAN. Yang lain kalo ade aku tak tau. 1st time aku try mase bebequ geng2 itiut kat tepi kolam. Itupon SEBOTOL je BAMBAM beli!!! tapi aku terima alasan ko bam...ko kan student....ceh! 

Tapi hari ini aku tengok bigboss Babrican bagi penjelasan akan kehalalan produk dorang.

BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.

“Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.

“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.

Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

hah! amacam...kalo ragu-ragu = was-was = harommmmm..huhu. Banyak lagi beb air lain..jus-jus lain..cer korang try pegi kekedai biase..mau dekat seratus air ade! Jangan sampai kembong udah la yerrrr..!

zzzzzzzz - jom tido.

2 comments:

  1. xpe dah mnum dah buang pon air kencing tu....aku bli sbb sdap hehe

    ReplyDelete
  2. hahahaha..ako mmg was was dari awal so mase bbq tu ako x minom...huahuahua....^^..

    ReplyDelete