Tuesday, May 31, 2011

Halal ke tak halal..?

Hari ini ofis aku meriah pasal isu air bir arab tu. "ehh..air bir yang halal tu..halal ke tak halal??" dengar soalan pon konpius aku nak jawab. Kalo air bir yang halal tu halal maka jawapannye halal la..kalo yang halal jadi tak halal make tak halal la..(kot kak..)..last-last aku cakap " owhhh...ye ke kak...?" akak tu pon tekelip2 tgk aku tgk surat kabar..tgk aku balik,tgk surat kabar balik. 

Berita dalam Kosmo! - Masyarakat Islam dinasihat tidak minum sebarang jenis bir yang kononnya halal berikutan kandungan alkoholnya sudah melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Berdasarkan kajian, kandungan alkohol dalam minuman itu didakwa 0.05 peratus dan adalah haram untuk diminum oleh pengguna Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom sehubungan itu mengarahkan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri untuk memantau atau jika perlu menyekat penjualan bir tersebut dan beberapa jenis lagi minuman yang sama di pasaran. “Dalam keadaan kita tidak pasti, lebih elok berhenti meminum minuman itu dan menjauhi diri daripada terperangkap dalam situasi yang mengelirukan.

Hah! itu menteri kate..menteri yang same jugak lah yang test air bir halal tu mase MIHAS 2009 (kalau tak salah aku) tp yang pasti that time PM Najib ade try gak..ISTAK kot. Yang aku tau ISTAK and BARBRICAN. Yang lain kalo ade aku tak tau. 1st time aku try mase bebequ geng2 itiut kat tepi kolam. Itupon SEBOTOL je BAMBAM beli!!! tapi aku terima alasan ko bam...ko kan student....ceh! 

Tapi hari ini aku tengok bigboss Babrican bagi penjelasan akan kehalalan produk dorang.

BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.

“Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.

“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.

Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

“Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.
Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.

“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.

Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

hah! amacam...kalo ragu-ragu = was-was = harommmmm..huhu. Banyak lagi beb air lain..jus-jus lain..cer korang try pegi kekedai biase..mau dekat seratus air ade! Jangan sampai kembong udah la yerrrr..!





zzzzzzzz - jom tido.

Sabun Mandi Yang Menyelerakan













Gila, Sabun Mandi Yang Menyelerakan ini direka betul-betul menyerupai makanan, kalau la ada budak kecik, habis kena makan nih..bkn budak kecik..

Monday, May 30, 2011

Cer dengau...cer..cer..~

Lelame aku dengo lagu ni sedih lak...owhhh...nampaknyer aku normal....alhamdulillah...~

Wednesday, May 25, 2011

Idea Kreatif






How Fast Are You? Or You Need Help?

3D Chalk Drawing by Edgar Muller - Giler Superb!~

Nama lain 3D chalk drawing -  " Street Painting", "Street Art", "Chalk Art", "Pavement Art" or "Sidewalk Art". Edgar Muller ialah German street painter, known for creating three-dimensional ~3D~ illusions on city sidewalks and streets dan one of the best known street painters in the world. Die bikin jalan-jalan tu macam kanvas jer. Nasib baik tak kena road tax.Aku nak melukis pon makan berjam-jam, berhari-hari kot. Tak pon beberape minit je dah give up!! aku memang tabik and tak tau how to describe the mind and the skills Mat German ni...Insane kot!!





The-cave-in-Geldern by Edgar Müller
feel-save
Digital-Draft~0



Monday, May 16, 2011

Mind-Blowing Examples of Photo Manipulation Art!

Memandangkan aku dah geli-geleman dengan post yang telah dipostokan ke dalam post sebelom ni sebelom post aku ni...aku telah mencari jalan ikhtiar agar bile aku bukak jer blog geng kiter ni aku tak kan nampak lagi gegambor yang geli-gelemat tu! besauuuu giler lak gambo cacaing feat. katak tu!! katak puru lak tuuuu! errrghhh..!~ serius xboleh blah! maka aku telah mencari gambo lain yang boleh aku tampalkan kat sini yang boleh mengurangkan geli dan rasa nak loyer. dan sekarang aku tak minum milo dah! err..tapi sardin aku baham lagi...haaha!
Enjoice gambo2 ni ok!


 
jangan la buat prangai x semenggah ni weii...~.~"...


57
jangan plak lepas ni ade berita mee ade campuran kulit ulau....


233832bjZ
errr..hurrmmm..."hey,you! meh sini! anda terpilih!"


mbpma-03
kepada kawan-kawan yang berstatus student jgn ler tiru cara ni kot ye pon nak meniru...


one_eyeland_bike_by_adam_taylor_23960
hati-hati ye bile korang pegi ambik gambo...kalo kene binatang haram tak ke nayer...


one_eyeland_garbage_by_davide_bellocchio_32145
aku rase bambam ade potensi buat keroje cenggini...hahaha!


thadlawrence1
cara yang paling up to date nak break up kott...










~zz~zzZzZZzzzzzz...~

Saturday, May 7, 2011

Benarkah Sardin = katak, Milo = cacing.. ( E110 ) ?



Dipetik dari email yang diberi-

kesahihan : tak pasti, just jaga2..

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.

Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.

Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..

Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…...kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…

Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih kepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…

Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….

wallahhualam…