Sunday, October 31, 2010

bibiQ

Berita lagi Terkini

sudah di maklumkan oleh setiap ahli, kita akan mengadakan suatu rancangan yang di namakan majlis suai kenai dan makan-makan di antara ahli-ahli kita yang lain. Di harap kiranya ahli-ahli akan sudi dan merelakan diri hadir dan mengikut seperti perkara-perkara tersebut di bawah :-

Tempat
Tepi kolam umah Adib (peta)
by Invitation Only (seorang ahli hanya di benarkan membawa seorg sahaja)
 
Tarikh / Masa
6hb November 2010 / 
1 ptg (berkumpul) hingga lewat subuh

Acara
makan-makan dan sedikit game

Pakaian
Bebas 
(di sarankan memakai swimming trunk pokodot beraneka)

Menu

barang-barang yang akan dibeli menggunakan duit-duit ahli :-

ayam 4 ekor
hukduk
jagung 16 batang
kerang 2 kilo
ikang termenung / ikang keli / ikang pari
daging kambing insyaAllah
sayur-sayuran (kobis ungu & sayur salad)
buah-buahan (oren & tembikai)
garlic bread 1 papan
arang

barang-barang yang akan di bawa oleh ahli-ahli :-

Nadia & Ayu
plantar + garlic, ais, pinggan & cawan, sudu, plastik tapau, segala jenis tong dan tisu-tisu

Bambam
air babrican (babik ken ke barbie ken?)

Eina 
air-air yang lain

Ezza 
Jajan (segala jenis kepok-kepok, ais kream dan kekacang)

Emy
Segala jenis sos (cili sos, thai sos, bibiQ sos, black papper sos dan mayonies [kaler puteh, kuning, oren])

Fiza
kentang bako dan coselow

Paiz
segala jenis kepit-kepit (dari kepit arang ke kepit ayam-ayam sekalian)

Adib
jelly-jelly, plastik sampah, paper lama

ayen (tibe)
baywatch (dr atas umah beliau?)


seperti yang dirancang




***Nota Tangan : ahli-ahli boleh menambah idea atau makanan-makanan mengikut masa musim dan selera pewot masing- masing.



penaip
-fz



Thursday, October 28, 2010

tarikh tunang saye... (^_^)

berita terkini...

memandangkan masih ade lagik ahli itiut yang kompius dan ternganga-nganga tentang tarikh pertunangan salah sorang ahli itiut yang comel lagik hebat... cik emy mislan... maka dengan ini... diumumkan...

SETELAH DIPERKENANKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR ENCIK MISLAN DAN ISTERI SERTA ENCIK KAMARUZAMAN DAN ISTERI, DAN PUAN NORHAYATI DAN SUAMI... MAKA DENGAN INI DIUMUMKAN... TARIKH PERTUNANGAN CIK EMY MISLAN DAN ENCIK AMIR AIZAT ASSYUWARI JATUH PADA: -

jeng jeng jeng~~~ (bace dengan nada saspen dan berdebar-debar)...

27 NOVEMBER 2010... BERSAMAAN DENGAN 20 ZULHIJJAH 1431... DI ALAMAT NO:6, JALAN PULASAN 4/6B, SEKSYEN 4, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN...

err... tang kalendar Islam tuh aku tak sure betul ke tak... tapi rase-rase nyerk camtuh la...

dengan ini... segala hormatnye... anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana majlis... tambahan pula... saye rase agak cuak dan berdebar-debar menunggu saat disarungkan cincin oleh bakal mak mentua... eheee ihikk... (gelak gatal sambil tersipu-sipu malu)...

kehadiran anda semua sangat-sangat diperlukan (lebey-lebey lagik ahli perempuan itiut), di mana saye mungkin memerlukan beberapa tips dari anda semua... seperti contoh... bagaimana cara duduk bersimpuh dengan betul di hadapan bakal mak mentua... apakah reaksi muka yang wajar dipaparkan tatkala cincin disarungkan ke tangan... adakah saya perlu tersipu-sipu malu sambil tertunduk... atau saye hanye perlu buat muke selamba rock kapak... bagaimanakah cara untuk menghulurkan tangan dengan sopan dan berhemah sebelum kejadian sarung cincin bermula... semua tips ini hanya akan diketahui semasa sesi gusip-gusip liar di dalam kamar indah saye...

majlis dijangka bermula sejurus selepas solat zohor... keluarga pihak lelaki dijangka hadir dalam pukul 2.00++ petang cenggitu la... tapi disarankan korang boley datang lebey awal... ini kerana saye tamo anda terlepas saat-saat penting dalam idup saye sebelum menapak satu langkah ke gerbang perkahwinan...

ohoii... saye nerbes...

dan diharap anda semua tidak pulang awal... hal ini berikutan... setelah menjamu anda semua dengan pelbagai hidangan yang enak dan lazat... anda semua akan dikerah untuk membasuh pinggan mangkuk yang berlonggok di dapur... tak kire la walaupun ketika itu anda sedang memakai kebaya ketat sekalipun... bak kate omputeh... no excuse...

ok la... bab basuh pinggan tuh aku tipu jek... kang korang tamo datang plak... huhuhu~~!!!

sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian nombor enpon saye (+60122227298)... nombor tepon umah pun boley (+60355196267)... atau email saye shakii303@yahoo.com... atau mesej saye kat pesbuk http://www.facebook.com/emyslan... atau pandai-pandai la korang nak carik saye camana... saye tak hilang ke mana... jangan risau...

ingin diingatkan sekali lagi... KEHADIRAN ADALAH WAJIB... sebarang rayuan / surat-menyurat / mc / EL / surat mahkamah / surat ketua jabatan / surat dekan tidak akan dilayan...

sekian... terima kasih...

yang benar...
-emy mislan-