Monday, January 31, 2011

Update ala2 Fesbuk (2)

Hari Isnin malas. Selasa bergumbira. Hari Rabu malas. Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad bersendaloka. Hari Isnin malas semula. Hidup kita bagaikan pusingan roda. Ingat!

Monday, January 17, 2011

Wednesday, January 12, 2011

saye suka...

kepada kawan-kawan sekalian.. saye dengan ini... penuh suke ati dan kembang idong nye... ingin mengumumkan... setelah sekian lame berhempas-pulas... berpeluh ketiak... akhirnye... saye telah...

berjaya mempunyai kedai bunge sendiri... yang diberi name... THE THM FLOWERS COTTAGE..

alhamdulillah...

hhihihihi~!! hohoohoo!! saye suke teramat tak terkata tapi masih mampu menaip dengan muke happy nak mampos! uhhuhuuhu!!

dengan ini... saye dengan berbesar hati dan perut... ingin menjemput kawan-kawan datang memberi moral support ke kedai saye yang terletak di tingkat bawah, bangunan plaza shah alam, seksyen 9, shah alam...

jemput la datang beli bunga untuk yang tersayang... saye akan memberi harga yang spesel untuk kawan-kawan sekalian...

servis yang saye tawarkan merangkumi: -
1. gubahan bunga segar dan tiruan untuk acara-acara seperti konvokesyen, majlis-majlis korporat dsb...
2. gubahan bunga segar dan tiruan untuk hadiah perseorangan dan untuk yang tersayang seperti hadiah harijadi, valentine's day, mother's day dsb...
3. gubahan cenderahati seperti teddy bear, anak-anak patung...
4. gubahan coklat...
5. bridal bouquet...
6. sirih junjung...
7. hantaran menggunakan gubahan bunga segar...
8. bunga telur...
9. centerpiece atau hiasan tengah meja untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis lain menggunakan bunga segar dan tiruan...

mungkin juga perkhidmatan saya akan di'hapdet' dari semasa ke semasa...

siyes aku memang tak pandai marketing...nak kene upah orang ni untuk melakukan keje-keje marketing nierk... haihh~!!

akhir sekali... saye ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada kawan-kawan sekalian yang banyak memberi dorongan untuk saye berjaya mencapai impian saye ini... saye amat terharu... anda semua sentiasa ade ketika saye amat memerlukan anda semua...

perghh~!!! macam menang juara lagu plak... haishh~!!

walau bagaimanapun... perjalanan idop saye masih jauh... oleh sebab itu... diharap segala komen dan pendapat yang membina dari anda semua untuk memajukan diri saye dan bisnes ini sangat-sangat dialukan.... doakan kejayaan saye dan bisnes saye ini... banyak lagik benda saye kene belajar...

saye juga akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua... same-same lah kite... amin...

-emy mislan-

Friday, January 7, 2011

Permintaan bayang cermin

Aku carik hp aku.Tadi rasa-rasa aku letak kat atas meja ni. Carik-carik tak jumpa. Susah-susah aku call pakai telefon rumah. Aku dail nombor sendiri.

"Tuutt tuut...tuut tuutt..hello.."

Eh ade orang angkat?

"hello.." suara kat hujung talian. Tapi suara dia macam suara aku.

"Err..hello..ni siapa ye?" aku tanye

"Ni aku la.."dia jawab. "Sape?" Aku tanye balik.

"Ni aku la..diri kau sendiri. Cuba tengok cermin. " jawab suara tu sambil menahan gelak.

Aku perlahan-lahan tengok cermin sebelah aku. Nampak imej muka sendiri dalam cermin sambil sengih pegang hp aku.

"Aku pinjam hp ko kejap..kredit aku habis..hehe"

Aku tak sedar ape-ape dah lepas tu. Sedar-sedar je aku sangkut dalam cermin ni. Kalau korang pegi rumah aku, tolong pecahkan cermin ni ya. Aku nak balik.

Tuesday, January 4, 2011

Support kami

bkpd kawan2 ku....ni project group aku ngn kawan2 study aku...so harap dapat sokongan dr korg...i lov u guys...
klik sini Facebook

Study

Semester baru telah bermula, aku rasa last sem ni aku nak score sket nak repair pointer nak target dekan hehe...azam baru la konon2...tp assignment last minit baru nak wat...exam bwk toyol ape kehel la suma ni..bak kata student2 yg berlmbak kat luar tu...biar last minute asal complete ye x? aku ade formula utk student, percaya atau tidak ini buktinya....

2011

MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2011, syarikat ini
akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang
digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan
gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau
menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak
simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami
mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada
kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya
ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit.
Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama
15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan
secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit
sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk
menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT

Mulai 2011 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini
kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda
tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2011 setiap seorang hanya boleh menggunakan
tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara
automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan
kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal
gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan
sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari
dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda
mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah
melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,
chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti
harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3
bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen,
aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh
disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

yang mengikut perintah....
Mr Bambino

Monday, January 3, 2011

Azam - Bukan Nama Kawan Saya

2011. Nak kena ada azam baru. Dah tak boleh berangan nak jadi hensem macam Aaron Aziz lagi dah. Kena ada azam baru baru la nampak macam masyarakat marhein sikit.

Jadi azam baru aku ialah mengumpul emas. Tak kira la emas ape, 999 ke..916 ke..019 ke..janji emas. Simpan emas banyak - banyak..kumpul banyak-banyak..nanti boleh aku buat menatang kat bawah ni.


Mungkin proses perkumuhan aku akan lebih bersopan lagi kot bile dah ade menatang ni. Takde la macam bunyi Godzilla tengah mengamuk dalam bilik air nanti.

-Bunjut2kaleR