Sebelum raya saya dapat beberapa ikat sampul untuk isi duit raya dari sebuah bank. Disebelah dalamnya ada tertulis perkataan "Pelekat Sendiri" atau "Self-Adhesive". Ini dia contohnya.
Kemudian saya pun masukanlah duit ke dalamnya dan biarkan atas meja. Selepas kira-kira satu jam saya pun datang tengok dan saya dapati sampul tu masih terbuka. Katanya "pelekat sendiri". Rupanya kena lekatkan juga. Tipu betul !
Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Mengkaji Tabiat Manusia Di Bulan Ramadhan
Credit to ijaicool.blogspot.com
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alah bila dah puasa baru nak beri salam dengan penuh perasaan semasa menulis blog. Apa khabar semua? Lunch tadi makan apa dan di mana? Hari ini aku cuti mahu beribadat demi memburu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Tapi kalau menipu nanti kurang pahala puasa pulak kan? Ok sebenarnya aku cuti kerana aku baru pulang daripada berparti liar sebelum Ramadhan tiba di Pulau Pinang. Segala aktiviti percutian akan dipaparkan di dalam blog ini tetapi hari ini eloklah kita membuat kajian tentang tabiat manusia di bulan Ramadhan. Walaupun kita hanya berpuasa sebulan sahaja di dalam setahun, kita dapat mengenali corak ataupun pattern perangai seseorang itu tak kiralah yang suci mahupun keji. Sebagai manusia yang licik dan bernafsu, kita pasti ada tabiat eksklusif yang hanya hadir pada bulan Ramadhan. Ayuh teruskan membaca.
1) Hangat-hangat tahi ayam
Mengikut tafsiran Cikgu BM aku semasa sekolah rendah, hangat-hangat tahi ayam bermaksud semangat berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu aktiviti pada permulaan sahaja. Peribahasa ini memang sesuai sekali untuk diaplikasikan di dalam bulan Ramadhan. Bagaimanakan seseorang itu boleh dibandingkan dengan tahi ayam? Well pertama sekali sudah pastilah solat terawih. Hari pertama solat terawih, fuihhh memang penuh surau di qariah kita sehingga berlaku rusuhan siap nak buat perhimpunan Bersih 3.0 sebab tak ada ruang untuk solat terawih. Punyalah semangat datang cop tempat kat surau dari waktu Asar lagi.
Namun begitu graf kehadiran di surau untuk solat terawih berkadar terus dengan minggu puasa. Minggu pertama, saf bersambung sehingga ke jalan raya. Minggu kedua, dah tak ada orang solat di luar surau. Minggu ketiga, bilangan saf dah jadi separuh. Minggu keempat, tak pasal-pasal kau kena jadi Imam sebab semua orang dah balik kampung termasuklah Imam official. Maka bekas Juara Makmum Muda macam aku nilah yang kena step up kan. Alah Faizal kau bukannya terawih pun malam tadi cakap banyak pula.
Semangat padu di awal musim ini bukan setakat dalam solat terawih, ibadat puasa pun sama juga. Hari pertama orang yang Iman rapuh pun puasa. Tapi dekat tengah-tengah puasa jumpa pula kawan syaiton, kita pun terpengaruh makan megi kari bersama. Yang kuat iman masih puasa, cuma sudah tiada minat untuk bangun bersahur. Kalau hausmet kita kejut sahur pun boleh bawa bertumbuk sebab kacau tidur kita. Sesungguhnya tidur itu lebih nikmat daripada makan, dan makan itu lebih nikmat daripada tak makan. Eh.
2) Pembaziran
Walaupun semua iblys dan syaiton telah dirantai di bulan Romadhon, kita masih ada nafsu. Especially perempuanlah sebab diorang ada sembilan nafsu. Nafsu beg tangan pereka, nafsu tudung Arzu, nafsu mekap Bobbi Brown, nafsu emas Poh Kong, nafsu Madela Breast pump, nafsu membebel, nafsu membebel, nafsu membebel dan nafsu makan. Tapi di bulan Ramadhan ini semua nafsu tersebut bergabung menjadi satu nafsu makan yang besar, Orang lelaki pun sama juga, dengusan syahwat mereka bertukar menjadi dengusan kelaparan di perut.
Maka kita pun dengan penuh bernafsu datang ke bazaar Ramadhan untuk membeli 14 juadah berbuka. Memang rambang mata melihat pelbagai jenis makanan dan mungkin nampak lurah gadis yang tidak menjaga aurat berat mereka. Nampak murtabak, huiii beli beli. Nampak nasi minyak, huiii best ni. Nampak ayam golek, serenderrrr. Nampak pulak popia basah, 5 keping bang! Itu tak masuk air dari pelbagai jenis warna dan rasa lagi. Tapi bila dah berbuka, makan kurma ajmain Yusuf Taiyoob je dah kenyang. Begitulah nikmat puasa, makan dan minum sikit pun dah gembira di perut. Habis tu juadah berbuka yang kita beli tadi nak buat apa? Bagi kucing makan saja.
3) Ikut nafsu lesu
Bagi mereka yang Imannya di bawah paras laut, setiap hari di bulan Ramadhan terasa masa berlalu begitu lambat. Kejap-kejap tengok jam dah pukul berapa? Eh baru pukul 1 tengahari what the whattt lambat lagi nak berbuka. So kita pun turutilah nafsu tidur kita. Kalau hujung minggu dari waktu lepas sahur sampailah kedengaran azan Maghrib baru nak bangun. Memang kepada berat dan lesu lah kan. Time makan pula memang tak ingat dunia. Mak mertua mintak hulur kicap pun kita buat-buat tak dengar sambil meratah satey doploh cucuk. Lepas tu teguk pulak barbican 3 botol sehingga perut kembung. Lepas tu ucapkan Alhamdulillah sambil tersandar di dinding nak bangun pun tak larat dah. Takpe berehat kejap 10 minit lepas tu boleh la kot nak pergi mandi dan ke surau. 10 kali 10 minit selepas itu, masih lagi terbongkan di hadapan televisyen menonton siri ulangan How I Met Your Mother In Bed. Nafsu nafsu.
4) Penyakit lama datang kembali
Bila puasa tiba, penyakit tahunan pun datang juga. Apa itu penyakit tahunan? Menurut kamus perubatan Universitas Gadjah Mada di Indonesia, penyakit tahunan adalah penyakit kronik yang datang secara tiba-tiba pada waktu tertentu di mana penghidap penyakit tersebut tidak boleh berpuasa kerana bimbang dengan keadaan kesihatan mereka. Antara penyakit tahunan yang popular adalah gastrik, kanser perut, kekeringan air di dalam badan ataupun kitar haid yang tidak menentu. Mana boleh puasa beb kena makan ponstan.
5) Meneka iklan sebelum berbuka
Tahukah anda, iklan-iklan yang disiarkan tak kiralah di TV1 ataupun TV3 sebelum azan Maghrib adalah sama saja setiap hari. Macam iklan dalam wayangla. Mesti ada iklan I've Got The Whole World In My Hands dan iklan KFC yang tak lucu tetapi still ada orang gelak tu. Sama saja turutannya, samalah seperti iklan di televisyen sebelum azan. So kalau kau nak impress anak jiran gadis anda yang datang berbuka di rumah anda, anda boleh menunjukkan skil anda meneka iklan yang bakal keluar. Tak percaya jom kita cuba try test tengok iklan petang ni dan petang esok. Iklan bisikan ghairah Yusuf Taiyoob memang wajib keluar setiap tahun.
6) Membuat jenaka lame Lailatulqadar
Dalam bulan Ramadhan ni ada banyak jenaka berunsurkan Islamik. Tetapi jenaka yang paling lame sekali bagi aku dan sering direcycle setiap tahun tak kiralah di majalah lawak Antarabangsa Ujang mahupun jenaka di ceramah anjuran Pas adalah jenaka Lailatulqadar. Jangan cakap kalian tak pernah dengar jenaka ini:
Hanis: Alhamdulillah, semalam aku berjaya bertemu dengan Lailatukqadar
Abu Zar: Kau? Kau? Kau jumpa malam yang lebih baik daripada seribu bulan? Sumpah tak percaya.
Hanis: Eh aku jumpa Laila anak Tuk Kadar la. Hik hik hik amacam lucu tak?
Tak.
7) Meniru gaya perangai artis
Antara tabiat mulia artis tempatan yang harus ditiru adalah tabiat pergi menunaikan umrah. Tapi kita orang biasa tak dapatlah nak riak beritahu semua orang kita nak pergi umrah di Melodi ataupun majalah URTV kan. Tapi cakap nak pergi umrah sebelum melencong ke negara sejuk bukan orang tahu ye tak. Gaya artis lain yang boleh ditiru adalah gaya memakai tudung separuh di bulan Ramadhan sebelum kembali memakai tudung hanya di dada selepas berakhirnya puasa.
8) Berniaga secara maya
Di zaman High Speed Broadband ini semua benda boleh dilakukan secara maya. 1 Ramadhan, kita tiba-tiba mendapat banyak notifikasi di emel memberitahu aktiviti yang berlaku di laman web sosial seperti Fesbuk. Kita pun banggala jadi popular kejap macam jejariruncing ingat orang nak wish kita selamat berpuasa ke apa. Tapi bila login ahhhh rupa-rupanya mereka telah mengetag anda kepada gambar kuih samperit, jahitan labuci M Daud Kilau untuk baju raya, mahupun tiket bas bagi mereka yang terdesak tiada tiket. Hey hey jangan tag sebarangan hoccay nanti kena unfriend. Hihi.
9) Puasa tapi...
Puasa tapi tak solat.
Puasa tapi mengumpat dengan rakan sepejabat.
Puasa tapi menjeling lurah dada mahupun punggung rakan sepejabat yang mengumpat dengan kita tadi lebih daripada sekali.
Puasa tapi nyanyi lagu sembah syaiton.
Puasa tapi mencarut ringan dan berat ketika memandu di dalam kesesakan lalulintas.
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri dan pendedahan stereotype di dalam media massa. Bersama-samalah kita bersabar dan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajaq siddiq sehingga terbenamnya matahari. Selepas ini bagi menguji keimanan anda laman blog ini akan memaparkan aksi ghairah pelancongan kami di Penang. Selamat berbuka puasa bagi mereka yang puasa. Tak lama dah 5 jam je lagi sabar nooo.

Subscribe to:
Posts (Atom)