Tuesday, June 19, 2012

Doakan semua para Syuhada!

Pemuda syahid dengan kalimah Allah ditanam tentera rejim Basyar Al-Asad 

 

 AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH                     MELAINKAN ALLAH
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU                                   ADALAH PESURUH ALLAH

Seorang askar memaksa pemuda tersebut menukar kalimah syahadah supaya menyebut "Tiada Tuhan melainkan Basyar" sambil perlahan-lahan mereka meletakkan tanah atas kepalanya.

Pemuda tersebut sebaliknya meneruskan syahadah "Tiada Tuhan melainkan Allah" hingga beliau menemui Penciptanya dalam agama Islam.

 Ya Allah tak sanggup melihat kekejaman militia Syiah Syria yang menanam hidup-hidup seorang pemuda di El-Qusair, Homs bertarikh 26 April 2012.

Tolong doakan mereka wahai sahabat2 ku, dalam setiap solatmu.! Doakan semua para Syuhada....Amin..

Firman Allah (Ali Imaran:102) “Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah secara sepenuhnya).

Thursday, April 26, 2012

First!?

Ha'ahhh. Ini la entry yang pertama gamaknye untuk tahun 2012 dalam Itiut..-_-"..owh.terus tertunduk malu sambil tengok kuku sendiri - kalo nak dibandingkan dengan blogger lain. Takpe! tahun ni kite cuba..kite cube ye untuk taip banyak2! kemon beb! Memandangkan aku yang first so aku  nak tempek cite pasal wayang gambo yang aku tengok semalam.ok la tu dari takde lansung.kihkih.




Ninnnnndiaaaa..ninnndiaaaa..!!! Battleship. Best giler wei! Tengok lak kat MAXX Time Square pot pun baeekk punya sambil makan Subway secara illegal kat dalam tu..memang terbaik. Sebenonye dah lame tak nengok wayang tu yang tengok cite ni macam melampau lak best nye ye dak..ehhh tak. cite ni memang best! 4.9/5. Yang lagi 0.1 tu sebab tak selesa nak makan subway dalam gelap + sos dan ayam teriyaki jatuh kat tudung.haha.tahhapehape tah. Takde kene mengene dengan cite. 

Cite ni pasal manusia VS. alien. Cliche kan? Alien datang kat bumi then berperang dengan manusia. Cliche lagi kan? Dah tentu2 la alien yang datang kat bumi ye dak. Kalau manusia yang datang ke bumi alien da jadi tajuk lain..Paranormal at galaxy kot? takpon Paranormal - Alien activity. Tah. Cliche2 pon tapi yang sangat best nye filem ni sebab aku terkagum + terpegun dengan gambo,aksi,teknologi dan grafik dalam cite ni. Teknik CGI nampak macam tak de teknik. maksud aku nampak real. Mau taknye..klua dari wayang pon boleh rasa lagi kebest'sannye.tak yah la aku cite panjang sangat. Sape2 yang belom tengok pegi la tengok.


Plus!

Battle of the babe.

Rihanna aka Rikes  vs. Brooklyn aka..aku lupe. Rihanna belakon boleh la tahan. Tukang set bom.

tengok la sendiri. 

Brooklyn tu lagi lawo kot.

*Subway chicken terriyaki memang feel!


-zZ- 






Friday, November 11, 2011

Selamat Pengantin Baru 11.11.11

10.10.10, siap ada orang wish aku selamat pengantin baru, sedetik aku pasrah! mungkin sebab aku baru lepas kecewa sangat kot masa itu. tapi aku nekad aku nak kahwin 11.11.11 (masa itu), tapi sekarang, hari ini, 11.11.11 aku dah mempunyai isi selama empat bulan, tengah tunggu penggerakan dalam perut sahaja. hari ini juga, "dia" akan melangsungkan perkahwinan .... selamat pengantin baru awak .. semoga berbahgia selalu yerk. Amen.

Monday, October 3, 2011

Bila Burung Marah..~

Anak : Bah..bah..tu burung ape bah..?
Abah : burung murai nak..
Anak : burung ape bah?
Abah : murai nakkk...
Anak : ape bah...??
Abah : burung murai la bodoh..!
Burung : *&^%$#@


Haha. Teringat aku iklan kat telibisyen pasal burung+anak vs. bapak ni. Tapi entry kali ni takde kene mengena terkene pasal anak dan bapak dalam iklan tu..tapi pasal burung tu ye! tapi bukan la burung murai atau pon murai.com tapi pasal "Angry Bird". Game yang memang fames sampai anak buah aku yang 5 tahun tu pon asek mintak jer nak main game ni. Anak buah orang lain aku tak tau. Sebut pon tak betol tapi nak gak main..'ma..bet..bet..'
Paklang maklang paklong Maktam Paktam sepupu sepapat papat aku semua tau. Yang paling ajaib adalah aku <---- LANSUNG tak tau. watta bird.


Game Angry Bird ni keluar sekitar tahun 2009 dan telah di download melebihi 300 kali! Correction, 300 Million kali. Epic beb. Ape yang membuatkan deme-deme ni kemaruk sangat dengan game ni?


a) Burung tu comel.suke tengok.
b) tak penah tengok burung marah
c) sebab kawan,adik-bradik main. (terpengaruh)
d) makin main makin syok!


hah, mane satu? ade yang lain?


Ravio adalah syarikat yang berjaya menakhluki hati para pemain Angry Birds sehingga obsess. impress. stress pon ade. Disamping mengeluarkan dan membiarkan peminat-peminat tegar main yang free version punye syarikat ni jugak telah kaut billion keuntungan dari versi yang berbayor. punye la tegar sampai sanggup beli tu. malah dalam perancangan untuk buat filem mengenai Angry Birds ni dan merchandise.  Hmm..makin bertambah la berkarung-karung billion ye tak.. seorang peng'addict' game ni mengatakan "Angry Birds addiction happens quickly. One minute, you’re downloading the game your friend recommended to your smartphone or tablet, and before you know it, you can’t stop playing". <---- die ni dah terkena Angry Birds Addiction Syndrome. Ape penawarnye?

a) Delete game ni dan bersumpah tak main lagi
b) jangan pakai iPhone, iPad, etc. Pakai Nokia 3210. hado?
c) potong internet kat rumah. sekat internet kat opis
d) Bela burung hidup.
e) teruskan je bermain!


ade lagi idea?


Tak payah cakap banyak. Jom tengok Infographic ni. credit to http://aytm.com/blog/research-junction/angry-birds-addiction/ .

Angry Birds Infographic: AYTM Market Research Results


p/s :
1. burung puyuh masak goreng cili api memang meletop! kalo tak dapat memang angry.
2. bambam,cer kamu besor kan ruang hitam kat tengah2 ni. sempit bebenor aku nengok nyeww.kamsahamida. cer kamu nengok gambo kat ateh nun, tak jeleh.

zZ - bukan ziana zain

ATTENTION

hai ahli itiut semua ... bile kite nk meeting lagik?