Thursday, July 14, 2011

Loghat Internet Yg Popular

Mesti korang slalu terjumpa ayat2 ni kat tenet..tipulah kalau x pernah tgk..tp adakah korang tau apa maksud penuh nye ?



aku senaraikan yg popular je ok..nak banyak2 gi sini : http://www.internetslang.com




AFAIK - As far as I know
AFK - Away from keyboard
ASAP - As soon as possible
BFF - Best Friends Forever
BTW - By the way
ETA - Estimated time of arrival
FAQ - Frequently Asked Question(s)
FTW - For the win
FYI - For your information
GTG - 'Got to go' or 'Good to go'
IMO - In my opinion
IMHO - In my humble / honest opinion
IMAO - In my arrogant opinion

LMAO - Laughing my ass off
LMFAO - Laughing my f-u-c-k-i-n-g ass off
LOL - Laughing out loud, laugh out loud
ROFL/ROTFL - Rolling on (the) floor laughing
ROFLMAO/ROTFLMAO - Rolling on (the) floor laughing my ass off
ROFLMAOWPIMP/ROTFLMAOWPIMP - Rolling on (the) floor laughing my ass off while peeing in my pants
ROFLOL/ROTFLOL - Rolling on (the) floor laughing out loud
STFU - Shut the f-u-c-k up
WTF - What the f-u-c-k

NVM - Nevermind
OMG - Oh my god (Ni yg Shuib Sepah slalu sebut..Omg...Omg..)
Pwned - Intentional misspelling of owned
TOS - Terms of service
TYVM - Thank you very much
W/ or W/O - With or without
WYSIWYG - What you see is what you get

WTB - Want To Buy
WTS - Want To Sell
WTT - Want To Trade
WTA - Want To Ask
WTH - Want To Hire

Keh Keh Keh..Saje-saje je letak..jangan marah haa..

Kredit tu blog http://ijaicool.blogspot.com/
Aku copy paste je..

Superpowers Idaman Jejaka

Orang lelaki ni sebenarnya makhluk yang lemah. Mereka ni nampak sahaja gagah bawa Inspira sebelah tangan di stereng sebelah tangan lagi pegang rokok. Mereka nampak sahaja macho dengan spek mata hitam tulen Rayban dan kasut but Timberland. Tetapi apabila berhadapan dengan perempuan khususnya yang ada expectation yang tinggi terhadap layanan yang dipinta, mereka langsung tidak ada idea bagaimana hendak menguruskan mereka. Orang lelaki ni memang suka berfantasi. Selain berfantasi nakal terhadap kaum wanita, mereka juga sering berfantasi memiliki beberapa kuasa daripada adiwira popular khusus untuk berhadapan dengan wanita yang complicated. Di sini saya ingin mendedahkan kuasa-kuasa yang ingin kami miliki yang ternyata dapat memudahkan hidup kami di samping membuat anda gadis-gadis gembira. Ayuh teruskan membaca.

Kuasa minda Professor X

Ini adalah kuasa yang paling penting yang orang lelaki inginkan. Mengapa? Kerana kaum wanita sukar untuk dibaca dan diterjemahkan. Mulut kata lain hati kata lain. Mulut kata no hati kata yes. Mulut kata 'saya ok' hati kata 'BARBIEEEEE AKU TAK OKLAHHH'. Kadar sarcasm mereka memang tinggi cuma orang lelaki ni tak faham sahaja. Jadi dengan keupayaan untuk membaca minda kaum wanita, mudah sahaja untuk kami memahami anda. Kami tidak akan tak sengaja terkeluarkan ayat-ayat yang tidak bersalah tetapi gadis-gadis selalu misinterpret seperti "Sayang awak nampak happy" di mana gadis-gadis akan mentafsirkannya sebagai "Sayang awak nampak gemuk". Kami akan sentiasa keluarkan ayat-ayat sweet yang anda nak dengar.

Kita juga boleh tahu apa yang patut kita beli semasa harijadi mereka. Kalau nak tanya mereka apa yang mereka mahu, sampai harijadi tahun depan pun tak boleh decide lagi kerana gadis-gadis ini indecisive. Apa yang keluar daripada mulut mereka semuanya mahal-mahal belaka pulak tu. Beg tangan Jurulatih, set mekap Bobbi Brown mahupun Ipad 2 yang ternyata membazir. Bukan kami kedekut, kami cuma ingin mengumpul wang untuk berkahwin dengan anda. Dengan menggunakan pengaruh kuasa minda, kita boleh mempengaruhi mereka untuk meminta benda-benda sweet yang gadis-gadis zaman sekarang jarang minta seperti kad harijadi buatan sendiri ataupun kasih sayang hingga ke syurga.


Professor X juga mampu memanipulasi minda untuk membuat gadis-gadis hilang ingatan ataupun amnesia. Teknik ini sangat berguna kerana gadis-gadis tidak akan lupa dosa-dosa di dalam percintaan yang kita lakukan seperti terlupa tarikh anniversary couple, terlupa nak potong kuku ketika keluar dating mahupun terpandang gadis hangat yang lalu di sebelah kita. Mungkin juga kuasa minda Professor X dapat memulihkan penyakit gadis-gadis yang masih belum ditemui penawarnya iaitu PMS. I know it's hard, but it's worth a try.

Kuasa merentasi masa Hiro Nakamura (Heroes)

Orang lelaki ni suka membuat sesuatu tanpa memikirkan pro dan kontranya. Main belasah je semua benda. Cakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan hati gadis terguris ke tidak. Buat keputusan pun terburu-buru tak peduli gadis-gadis suka ke tak dengan keputusan kita. Dengan menggunakan kuasa merentasi masa Hiro Nakamura, kita tidak akan lagi membuat keputusan yang silap untuk jangka masa panjang. Contohnya, kita membuat keputusan untuk membelikan koleksi DVD Special Edition Nora Elena untuk gadis kita, tetapi setelah kita merentasi masa untuk melihat natijah kepada tindakan kita itu, kita tahu itu sebenarnya keputusan yang salah. Pada masa hadapan, kita dapat lihat gadis kita itu asyik dok ungkit dok membebel suruh kita jadi lelaki yang sweet seperti Seth Tan. Berbekalkan maklumat daripada masa hadapan itu, kita terus membuat keputusan untuk membelikan mereka DVD Lost instead. Tapi baik-baik jangan suka sangat ubah masa depan nanti berlaku ketidakseimbangan di dalam time-space continuum susah kita nanti.

Kelajuan The Flash

Falsafah gadis-gadis, it's okay for you guys to wait on us but don't make us wait for you. Amboi amboi kalau nak pergi dating tu gadis-gadis mengambil masa 30 minit untuk mandi, 15 minit untuk decide baju apa nak pakai agar orang kat Pavilion tak tuduh kita asyik pakai baju yang sama dan 30 minit lagi untuk mekap. Kita tunggu sampai bulu hidung tumbuh pun kita tak komplen. Tadi kalau mereka menunggu kita, tak boleh lewat walaupun seminit. Kita kena tunggu 5 minit lebih awal. Mana sempat kami pun mahu 'me' time juga nak main bola, nak main game, nak tengok Basic Instinct, nak berboys talk di mapley. Namun begitu dengan kelajuan The Flash kami pasti sempat untuk memuaskan diri kami dengan melakukan segala-galanya dengan sepantas kilat di samping dapat berada di sisi gadis-gadis di saat mereka memerlukan. Shopping 3 jam tanpa membeli apa-apa pun tiada masalah kami boleh bawa anda round satu Midvalley tu dalam masa 10 minit.

Kuasa halimunan Invisible Man / Kuasa penglihatan x-ray Superman

Now perkara pertama yang anda fikirkan dengan kuasa halimunan dan x-ray ini adalah penyalahgunaan kuasa-kuasa tersebut untuk melakukan perkara yang tidak senonoh seperti menyorok di dalam bilik persalinan di Forever 21 ataupun melihat jenama baju dalam yang dipakai oleh gadis-gadis. WRONG. Kami sebagai jejaka hero yang setia dan cintakan anda dengan sepenuh hati tidak akan membuat perkara-perkara keji sebegitu. Sebaliknya kami akan guna kuasa halimunan itu untuk melihat aktiviti seharian anda seperti makan tenghari dengan siapa, bercakap di telefon dengan siapa, ada flirting dengan rakan sepejabat ke tidak dan sebagainya. What? You call that stalking? Eh tak tak itu bukan stalking itu cuma menyiasat demi kebahagiaan. Dan kalau kami ada x-ray vision pun kami just nak check kandungan telefon bimbit anda je mana tahu ada SMS dari lelaki lain. Eh.

Kuasa berubah bentuk fizikal Mystique

Fine. Nak kami ada six pack macam Aaron Aziz? Done. Nak kami berambut pendek macam Aaron Aziz? Done. Nak kami berwajah licin tanpa jerawat seperti Aaron Aziz? Done. Nak kami ada organ reproduksi seperti Aaron Aziz? No need to change, we already have it.

Begitulah anda kuasa-kuasa yang kami ingin miliki untuk memudahkan tugas kami sebagai seorang lelaki. Alah konon-konon sahaja gadis-gadis usahlah sensitif. Ok fine, jika gadis-gadis ada superpower, superpower apakah yang kalian ingin miliki untuk menghadapi kami sang lelaki? Kuasa membeli-belah sehingga lupa diri? Hik hik hik KIDDING. Apapun, kami tetap akan menjadi diri sendiri, walaupun tidak sehebat mana, kami akan tetap cuba untuk menjadi superhero yang terbaik buat anda.

Tuesday, July 5, 2011

Alyah - Kisah Hati Instrumental - Gile Asyik...



Tengah dok leka-leka carik chord lagu..aku terjumpe la link video ni...terus sentap ke qolbuu..oohhh...very soothing instrumental version...asyik giler aku dengar..akak kat sebelah petisen aku ni pon suke beno. Die suruh ulang lagi dan lagi..(sambil die menyedekahkan nyanyian die..) hehe..
Habis je aku tulis entry ni da 6 kali aku denga...sangat nyaman...

Monday, July 4, 2011

Siape Paling Dasyat..??



This is best bro! best bro..! Bile da 'daredevil' squirrel vs. LP670-4SV -- one of the fastest Lamborghinis ever made..haha. Kalo dolu-dolu cerita Sang Kura-kura mengalahkan Sang Arnab..tapi zaman sekarang Si Tupai mengalahkan Lamborghini. Memang soheh la kreta tu 1000 kali super duper pantas dari tupai ye dak...tapi aksi si tupai tu sungguh dasyat! Memang awesome giler! Dari kecik aku memang minat tupai dan ade bela tupai mase kat kampong. Dan ini membuatkan aku bertambah plus plus times love tupai walaupon tupai kampong aku tu tak same dengan tupai california ni...-_-"...extreme giler. Memang tepat 'timing' tupai and lambo tu kalau tak mesti dah arwah..kalau tak tupai tu yang arwah, drebar lambo tu yang arwah...sebab terkejut tengok tupai tu gigih berlari berani mati lintas depan kreta die then si driver tekan brek mati dan tak dapat kawal kreta then berlaku pusingan 360 darjah dan akhirnya tewas..x_x...OMG~



zz - Peace yaw!

Friday, July 1, 2011

Detik Jarum Jam Bersamaan Detik Jantung aku~

Jam ber'ticking' ~ boleh denga? Tik-tok-tik-tok..Tik-tok-tik-tok hujan dah turun..(ulang sekali lagi).. baju dah basahhh..mari kita ambil payung..haha. Ni lagu time sekolah rendah dulu. Tapi ni bukan sebab tengok jam nak tunggu hujan jatuh kat luar umah. Tapi sebab nak pegi tengok hujan emas di negara orang.hah! Jam loceng kat sebelah ni buat aku bedebo-debo. Kadang-kadang bukak blog ni bukan sebab nak tengok entry baru tapi semata-mate nak tengok jam tu jer. Giler ahh. Kat rumah pun ade gak jam cenggini tapi kalo die start bunyik memang ke dinding la makannyer. Walaupon dah arwah jam tu tapi masa tetap bejalan. Satu perkara di dalam dunia yang jika di hentikan dimatikan ia tetap berjalan adalah ~ masa ~ waktu ~ time ~. walaupon jalan jem,mase tak penah pon aku tengok die jem walaupon jam tangan 10 hengget aku ni memang selalu 'jem'.
"Ko tengok pukul brape skarang? Da masuk waktu, mase pon dah time".
'Elehh..jam ko da mati la!'
"Ade aku kesah*2 tangan kat 2 bahu* - Tu jam ko idop. tengok,mase berjalan lancar. Silap-silap aku yang mati sebab tunggu ko bejeman kat sini!"


Pejam celik, pejam celik..,selase malam nak ke Rabu tu komfom celik tak pejam-pejam dah!haha. Mane beg? isi ape dalam beg? haa ni bawak,tu bawak,eh ni tak payah la..ahh boleh la..sumabt ni sumbat tu,owhh ade lagi! oh ni jangan lupe bawak. Ok! settle! semua dalam beg! Yosss!                           
.
.
.
.
.
.
.
.
V
                                                            








Hammmbeekkkk kao!! Ko bawak jamban bergerak (portable toilet) skali ape??!


Standard Portable Toilet
 Agak-agak la deee...bawak die punye portable toilet paper dah leee...

Hmmm. tak kesah la ape ade itu dalam beg korang nyer ape punnn. Asalkan relevan,bermanafaat,sesuai,tak membebankan.





~zz~