Thursday, December 16, 2010

Buih Shampoo Sengsara

Salmi tengah mandi. Hari ini cuaca terik sangat. Suria hari ini garang sangat..terus-terusan menggigit kulit dia. Dari matahari bangun pagi hingga pulang ke hemisfera sana Salmi membuat kerja luar. Salmi mengambil keputusan untuk mandi awal dan mengshampoo rambutnya.

Buih-buih shampoo semakin meninggi seperti ketulan ais di Kutub Utara. Comel sungguh Salmi dengan buih dikepalanya. Tiba-tiba mata Salmi pedih. Buih masuk mata. Terkapai-kapai Salmi mencari kepala paip sambil menutup matanya yang pedih itu. Bila mata sudah dicuci, perlahan-lahan Salmi membuka mata.

Tak nampak apa. Hanya ruang kosong berwarna putih. Putih seputih putihnya. Salmi gosok mata berkali-kali. Tetap sama. Putih. Dia hanya nampak dirinya sahaja. Yang masih berselaput buih shampoo. Salmi kecut. Berlari kesana sini mencari jalan. Tetapi yang ada hanya ruang putih. Salmi takut.

Berjalan kesana kemari tanpa arah membuatkan Salmi penat. Sedang mencari jalan itu Salmi terjumpa sebiji Labu Sayong Kristal Jernih. Ada nota tertulis "JIWA KAMU DIDALAM. JIKA PENUTUP DIBUKA, IA AKAN TERBANG DAN HILANG". Salmi letih. Salmi penat. Salmi berbaring sambil memeluk Labu Sayong Kristal Jernih erat-erat. Salmi menjerit sekuat-kuat hati. Tetapi suaranya bagai tersekat dalam dimensi itu. Dimensi putih itu. Tiada gema. Salmi berbaring sambil memeluk erat-erat Labu Sayong Kristal jernih itu.

***********************************

Rem merungut-rungut. Apa yang dibuat Salmi dalam bilik air lama-lama? Mandi bungakah? Urut batinkah? Pundi kencing Rem semakin meminta-minta untuk dibuang isinya. Rem teragak-agak samaada mahu memecah masuk atau tidak. Kalau dipecah masuk dikhuatiri terpandang pemandangan yang menjelikkan pula. Rem nekad. Nafas ditarik dan BAM! satu tendangan jitu menerjah pintu bilik air itu dan terbuka. Rem menjengah kedalam perlahan-lahan. Mana Salmi? Salmi tiada dalam bilik air ini. Cuma yang ada hanyalah buih-buih shampoo di lantai yang makin lama makin hilang ditelan lubang saluran air.

************************************

Hati-hati ketika bershampoo.

Bunjut2Kaler

3 comments: