Kamil tak keruan. Semua kerana berita yang diterima. Makan cheese cake rase karipap. Semua kerana berita yang diterima. Minum Teh O Ais Laici rase air Ribena. Semua kerana berita yang diterima. Mandi buih rase macam sauna. Semua kerana berita yang diterima. Menonton rancangan perbincangan politik di saluran RTM 1..beladihel! tak pernah dibuat. Semua kerana berita yang diterima.
Berita yang membuatkan dia terpikir, diri ini di alam realiti atau alam di sebalik blackhole angkasaraya?
Berita pagi tadi yang diterima, membuatkan dia merenung suria.
Pagi tadi, di sebuah Hospital swasta, dia bertemu doktor pakar untuk mendapatkan keputusan ujian kesihatan. Kamil tak sakit, cuma gatal nak buat ujian kesihatan. Tetapi, kegatalan itu merubah hidup Kamil.
"Kami sudah mendapat keputusan ujian En. Kamil" bicara mula Doktor
"Tetapi kami menemui sesuatu yang aneh dalam diri En. Kamil"
"Aneh? apa yang aneh Doktor?" Kamil mula tidak keruan.
"Kami tak tahu mengapa begini jadinya, sepanjang hidup saya dan sepanjang karier saya dalam dunia perubatan saya tak pernah menemui sesuatu yang aneh seperti ini. Setelah kami membuat pemeriksaan terperinci, kami dapati jantung En. Kamil tidak normal."
"Jantung saya tak normal? Jantung saya berlubangkah?" tanya Kamil.
"Jantung berlubang adalah suatu yang selalu kami temui..tetapi..saya tak tahu bagaimana nak beritahu..sebenarnya Jantung En. Kamil tidak berfungsi dengan sendiri, tetapi digerakkan oleh sesuatu."
Riak muka Doktor serius. Kamil konfius.
"Saya tahu kamu konfius En. Kamil. Tetapi ini adalah benar. Sebenarnya, jantung En. Kamil berdegup disebabkan ada orang kerdil bersayap yang bekerja didalamnya. Dialah yang membuatkan jantung kamu berfungsi. Jantung kamu umpama sebuah kilang dan dialah pekerjanya. Tanpa dia, jantung kamu akan berhenti berdegup, dan En. Kamil akan....."
*************************************
Kamil berbaring di atas lantai. Memandang kipas yang berputar ligat. Pandangan nya tepat di tengah-tengah putaran itu. Pandangannya semakin jauh, menembusi siling rumah, bumbung rumah, awan putih, langit cerah, lapisan ozon yang menipis, angkasa gelap hingga ke 100,000 juta cahaya jauhnya. Air kopi Arabica nya menjadi semakin suam dan sejuk. Pizza Dominos nya dihurung lalat. Ular Albino peliharaannya mencari celah-selah sangkar untuk keluar kerana kelaparan. Patung Barney nya masih di sudut katil, memandang tepat ke arah Kamil.
Kamil terfikir, apa akan terjadi, jika orang kerdil bersayap itu mahu bercuti atau MC.
Bunjut2Kaler
jgn bagi die cuti atau mc.naik kan gaji die!!
ReplyDeleteweii semue..moh makan dominos!!
jommm!!! aku ade kad die .. leh dpt muroh sket kot ..
ReplyDeletebg dia mknn mahal sket....nandos ke
ReplyDeletehaaaaaaaaa...bilo buleh kito pakak2 gi makey dominos?asek aye ke ep c jo.
ReplyDelete